Pages


Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha..

Buat semua muslimin muslimat di ucapkan kepada anda selamat menjalani ibadah korban.. Ibadah ni tergolong dalam ibadah sunat muakad iaitu ibadat yang sangat di tuntut dalam agama kita.. Jadi bg semua golongan berkemampuan berkorbanlah anda dengan mensedekahkan haiwan yg boleh dikorban.. Jika x mampu ambillah bahagian dalam seekor lembu.. Jika tidak juga berkemampuan, cukuplah sekadar berkorban apa sahaja yg kita boleh.. Harta, kasih sayang, masa dan sebagainya.. Selain itu, ayuh kita kenang sejarah ibadah korban ni yang mana Nabi Allah A.S diperintah oleh Allah untuk melakukan korban terhadap anak KESAYANGANNYA iaitu Nabi Ismail A.S.. Tanpa bersoal pada Allah, Nabi Ibrahim A.S bersedia mengorbankan anak kesayangannya.. Sungguh hebat pengorbanan Nabi Allah Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S terhadap perintah Allah.. Dua pengajaran yang kita boleh pelajari, yang pertama Ikutlah perintah Allah Yang Esa kerana Dia lebih berhak atas segalanya; yang kedua taatlah kepada Ibu Bapa kita walau apa sekali pun yang berlaku.. Tgk pengorbanan Nabi Ismail A.S yang taat pada permintaan bapanya Nabi Ibrahim A.S walaupun permintaan ayahnya begitu besar sekali.. Jadi, sebagai seorang khalifah di muka bumi Allah, janganlah kita takut untuk berkorban kerana walaupun pengorbanan kita di pandang sepi sesetengah manusia, namun jika pengorbanan tersebut ikhlas, InsyaAllah pengorbanan kita tidak sia2 di sisiNya.. Allah maha Pemurah, Dia akan beri apa sahaja permintaan hamba2Nya aslkan kita sentiasa mengikut perintah Allah.. Ingatlah setiap kali di timpa kesusahan, saat itu merupakan ujian Allah kepada kita.. Seberat mana pun ujian Allah, jgn risau keran Allah telah menjanjikan ujian kepada kita tidak akan melebihi kemampuan kita.. Kita juga sebagai hamba Allah yang lemah perlu sentiasa bersyukur kepadaNya.. Kenanglah pengorbanan orang lain kepada anda.. jangan tanya pe org len pnh buat untuk kita, tapi fikirkan apa yang kita telah lakukan untuk org lain?? sesebuah pengorbanan itu kalau di hargai pasti manis semanis kurma.. Dan jika tidak dihargai manusia, jgn sesekali bersedih kerana Allah akn mmberi ganjaran buat kita ats keikhlasan kita.. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment