Pages


Tuesday, May 31, 2011

Haishh..

Kusut lak dlm kepala nie.. Mcm2 nga pikir nie.. Hai dunia2.. Sabar je la kan.. Sistem kat Malaysia l0m higher level lg k0t.. huhhuu.. Ya Allah murahkan rezeki hambaMu ini.. Permudahkanlah urusanku, keluargaku, Khairulnisa, dan sahabat2ku semua.. Amin..

Friday, May 27, 2011

Al-Fatihah..

Sudah ketentuan Allah.. Dari Allah kita datang, kepada Allah kte kembali.. Takziah buat keluarga sahabat Jafmy Muhammad atas pemergian Ayahandanye yang tercinta pergi menghadap Illahi semalam. Moga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin..

Thursday, May 5, 2011

Hanya Untukmu


Cinta Matiku by 6ixth Sense..

Lagu yg bermakna n penuh berselirat maksudnye.. 1001 rasa dalam lagu 2..
Hanya yg memahami n tekun menjegilkan biji matanye je
mampu memahami isi kndungan lagu nie.. 
Syabas buat 6ixth Sense krn
menghasilkan lagu 
berkualiti.

Tuesday, May 3, 2011

The truth of a MEN...

Apabila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:
  1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
  2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
  3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
  4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap2.
  5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.
  7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
  8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
  10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
  12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
  13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
  14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
  16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
  17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
  18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
  19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
  23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

Monday, May 2, 2011

Doaku buat kita..


Bismillahirrahmannirrahim..
Ya allah, tuhan yang lebih mengetahui sesuatu,Kau restuilah hubungan kami berdua, dekatkanlah jodoh kami,Jangan kau pisahkan kami, bukakan lah pintu hati kami untuk kami saling menyayangi dan lebih memahami, kau limpahilah nur hidayah mu kepada kami ya allah.Sesungguh nya dia amat bermakna sekali dalam hidupku, sesungguh nya dia lah terletaknya segala impian dalam hidupku, sesungguhnya tiada yang lain ku sayang dan cinta selain dia. Engkau bukakan lah pintu hatinya untuk memahami akan segala isi hati ku terhadapnya. Engkau lembutkan lah hati kerasnya. Engkau buka kan lah pintu hatinya untuk menyayangiku, mengasihiku dan menyintaiku seperti mana aku sayang, kasih dan cinta padanya. Engkau berikanlah kami kekuatan dalam mengharungi apa jua rintangan dan ujian dari mu. Sesungguhnya aku redha dan menerima kehadirannya dalam hidup aku seadanya dan aku juga lebih bersyukur kepada setiap nikmat yang telah kau kurnia kan kepada ku. Kau rahmatilah perasaan kasih sayang kami berdua. Berikan lah ruang kepada kami untuk bersama.Berikanlah ruang kepada keluarga kami berdua untuk menjalinkan hubungan persaudaraan bersama. Engkau kurniakan lah kami semua penolongmu agar membimbing kami untuk terus berada di jalan mu yang benar.Sesungguhnya walaupun apa jua kelakuannya pada ku, dia tetap segala galanya bagi aku dan dirinya amat bermakna dalam hidupku. Amin ya rabbal alamin.